Kami beriltizam untuk memperkasa komuniti melalui penerapan inovasi, digitalisasi dan automasi dalam rantaian perniagaan koperasi. Dengan pendekatan moden dan inklusif, KILSB berusaha membina ekosistem yang lestari demi manfaat kolektif anggota dan masyarakat.

Koperasi Ikatan Lestari Selangor Berhad (KILSB) telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 20 April 2024. KILSB lahir daripada aspirasi untuk memperkasa sektor koperasi Malaysia melalui pembangunan keusahawanan yang lebih berdaya saing dengan fokus utama dalam inovasi, digitalisasi dan automasi. KILSB juga berhasrat mencipta nilai tambah dalam rantaian perniagaan koperasi melalui penerapan ekosistem moden dan memberi manfaat kolektif.
Hubungi Kami